Carian di Pejabat Tanah / LAND SEARCH..

“Saya tak pasti rumah saya ni dah geran ke belum. Tuan buat carian hartanah lah” – Pemilik ..

Ini salah satu salah faham tentang land search atau carian hartanah.

Carian di Pejabat Tanah / Land search adalah satu proses yang membolehkan kita menyemak pemilikan hartanah dan maklumat terkini sesuatu hartanah. Ini bermakna carian hartanah boleh dilakukan hanya dengan adanya no Hakmilik yang lengkap. ..

Dalam ayat mudah, carian hartanah ialah untuk mencari maklumat dalam hakmilik (geran) yang sedia ada dan bukannya untuk mencari no geran yang tiada dalam simpanan. ..

Antara maklumat yang boleh didapati dari Carian di Pejabat Tanah / LAND SEARCH ialah:-

Nama Pemilik

Status Pemilikan (cth: pentadbir/pemegang amanah)

Bahagian(syer) Pemilikan

Nama pemegang Gadaian

Keluasan

Kaveat

Nombor Hakmilik terbaru

Leasehold/Freehold

Tarikh akhir pajakan (leasehold)

Jumlah cukai tanah

Sekatan-sekatan Kepentingan

Syarat Nyata

Kategori Penggunaan tanah

Perintah Mahkamah(jika ada)..

Ada banyak lagi maklumat yang boleh didapati melalui carian hartanah bagi membantu urusan permohonan pinjaman dan penyediaan dokumen jual beli. ..

Setelah diketahui apa itu carian hartanah, persoalan seterusnya dimanakah tempat untuk membuat carian hartanah? Adakah semua carian dilakukan ditempat yang sama?

Carian Persendirian

DEFINASI

Carian dikategorikan kepada 2 :-

  • carian persendirian
  • carian rasmi

CARIAN PERSENDIRIAN

Carian untuk memeriksa, mencatat atau ‘extract’ mana-mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang disertakan kepada pendaftar.

KELAYAKAN PEMOHON

Mana-mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.

KAEDAH PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Carian Persendirian yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah mengikut sek. 384 KTN.
  • Bayaran permohonan carian persendirian sebanyak RM30.00

PERMOHONAN

Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan.

 

** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**

Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya. 

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah
Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.