Sekatan kepentingan tanah di Malaysia ialah batasan atau syarat khas yang dikenakan oleh Pejabat Tanah Negeri / Daerah (PTG) pada geran tanah, mengawal urusan pindah milik, pajakan, atau gadaian serta mengikut Kanun Tanah Negara.

Antara jenis utamanya ialah sekatan pindah milik tanpa kebenaran, sekatan kategori Bumiputera, sekatan kategori rizab melayu, sekatan guna tanah (pertanian/kediaman), dan sekatan pindah milik sementara (caveat).

Berikut adalah jenis-jenis sekatan kepentingan tanah :

Sekatan Pindah Milik/Gadaian/Pajakan (Kebenaran PTG): Tanah tidak boleh dipindah milik, digadai, atau dipajak tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri. Walau hartanah bersifat hak milik kekal jika ada dinyatakan perlu kelulusan PTG untuk sekatan kepentingan, maka kelulusan bertulis diperlukan untuk proses transaksi.

Sekatan Kategori Pemilikan (Lot Bumiputera/Rizab Melayu) : Tanah yang dikhaskan hanya untuk pemilikan Bumiputera atau Melayu sahaja, dan tidak boleh dijual kepada bukan Bumiputera. Contoh : Leasehold dan rizab melayu.

Sekatan Kategori Kegunaan Tanah : Tanah tertakluk kepada jenis penggunaan tertentu seperti pertanian, bangunan industri , bangunan kediaman dan komersil.

Sekatan Bersifat Sementara/Caveat : Sekatan seperti caveat persendirian (Private Caveat) atau caveat Pendaftar yang menyekat sebarang urusan atas tanah tersebut buat sementara waktu. Contoh kaveat pendaftar jika ada terdapat unsur penipuan transaksi atau urusan – urusan pengambilan tanah oleh kerajaan.

Sekatan Tanah Kurnia: Sekatan khusus ke atas tanah yang dikurniakan kerajaan, di mana ia tidak boleh dijual, dipajak, atau dipindah milik dalam jangka masa tertentu.Sekatan ini tercatat dalam geran tanah dan bertujuan mengawal pembangunan, melindungi komuniti tertentu, dan menjaga kepentingan ekonomi negeri. Contoh geran GSA, Tanah desa dan Tanah Kelompok.

Sekian untuk perkongsian kali ini.

Semoga semua pembaca mendapat manfaat dari artikel ini.

Untuk membaca artikel yang lain, boleh klik link berikut :

https://ejenhartanahkl.com/artikel

** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**

Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya. 

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah

Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=1uqOrc9Dhqk