Tanah Rizab Sungai dan rizab – rizab lain.

Tanah Rizab Sungai details :

HAKMILIK SUNGAI, TANAH REZAB SUNGAI DAN BAHAN MINERAL DI DALAM KAWASAN TANAH PERSENDIRIAN. BAGAIMANA KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG?

Ini soalan yang saya terima semalam.Tuan, Saya ada seekar tanah. Atas tanah saya tu ada sungai. Nak tanya, adakah sungai tu jadi hak saya juga atau milik kerajaan?Lepas tu kalau saya nak bercucuk tanam dekat pinggir sungai tu boleh ke?

Kalau sekiranya dalam kawasan tanah saya tu tiba-tiba didapati ada bahan mineral bernilai RM4.1 juta, adakah mineral tu kira jadi hak saya atau hak kerajaan?

Mohon pencerahan tuan.

Jawapan saya:

1. Seksyen 5 Kanun Tanah Negara antara lain mendifinisikan tanah itu termasuklah tanah yang diliputi oleh air seperti sungai, terusan, laut dan sebagainya.Apabila dalam kawasan tanah seseorang ada sebatang sungai, maka sungai dan tanah rezab sungai tersebut kekal menjadi milik kerajaan.Walaubagaimanapun tuan tanah boleh menggunakan air sungai tersebut untuk tujuan tanahnya setakat mana yang munasabah.

2. Menurut seksyen 62 Kanun Tanah Negara, tanah rezab seperti rizab jalan, rezab sungai, rezab pantai, rezab ragut rumput, rizab padang permainan, rizab kubur juga adalah dianggap sebagai milik kerajaan.Maka mana-mana pihak yang menggunakan atau mengusahakan tanah rezab milik kerajaan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa negeri adalah dianggap menceroboh tanah milik kerajaan dan melanggar peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara.

3. Seksyen 40 Kanun Tanah Negara menyatakan semua galian dan bahan batuan yang terkandung di dalam atau di atas mana-mana tanah adalah terletakhak hanya kepada Pihak Berkuasa Negeri.Ertinya jika anda dapati dalam tanah anda ada bahan mineral anda perlu memaklumkan kepada kerajaan negeri tentang kewujudan bahan mineral tersebut.Dan menjadi kesalahan kalau anda mengambil bahan mineral tersebut tanpa kebenaran dan permit daripada pihak berkuasa negeri.Moga pencerahan ini dapat memberi kefahaman kepada semua.Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR

 

** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**

Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya. 

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah
Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.