Pemilik tanah boleh menjual sebahagian daripada tanah dalam geran sekiranya ia adalah geran kongsi dan pemilik adalah salah seorang penama (pemilikan bersama). Anda boleh menjual bahagian anda (contohnya 1/2 daripada jumlah luas) kepada pembeli atau pemilik baru, yang mana nama pembeli akan menggantikan nama anda dalam geran tersebut. Namun, pemilik perlu menentukan bahagian yang ingin dijual berserta lakaran oleh jurukur dan dipersetujui oleh penama yang lain..

Berikut adalah perkara penting :

Pecah Sempadan / Geran: Langkah paling selamat adalah melakukan proses pecah geran terlebih dahulu agar pembeli mendapat geran individu dan tanah tersebut mempunyai sempadan yang jelas. Selain itu pembeli boleh memohon pinjaman. Jika geran bersama, hanya belian tunai yang dibenarkan.

Persetujuan Pemilik Bersama: Pecah sempadan tidak perlu persetujuan penama lain sekiranya bahagian yang ingin dijual lebih besar dari penama lain. Namun jika bahagian yang ingin dijual lebih kecil dari penama lain, pecah sempadan perlu persetujuan yang lain. Untuk masuk nama pembeli baru tiada persetujuan penama lain diperlukan.

Sekatan Kepentingan: Pastikan tiada sekatan kepentingan pada geran (seperti sekatan untuk menjual atau memindah milik dalam tempoh tertentu, geran kelompok, tanah desa, rizab melayu).
Risiko : Kanun tanah negara mensyaratkan pemilikan tanah pertanian 1 acre 1 penama. Sekiranya saiz tanah yang ingin dijual kurang dari 1 ekar, pejabat tanah tidak akan meluluskan permohonan kecuali tanah yang diturun milik yang mempunyai saiz kurang dari 1 ekar.

Adalah disyorkan untuk merujuk kepada ejen hartanah berdaftar, peguam hartanah, jurukur tanah untuk menguruskan penjualan sebahagian tanah (geran kongsi) proses pecah sempadan bagi menjamin keselamatan transaksi.

Geran kongsi bukan lot lidi. Bezanya, lot lidi tiada pemilikan di dalam geran. Ianya tidak boleh dipindah milik, tidak boleh diwarisi dan tiada pampasan jika ada pengambilan oleh kerajaan.

Sekian untuk perkongsian kali ini.

Semoga semua pembaca mendapat manfaat dari artikel ini.

Untuk membaca artikel yang lain, boleh klik link berikut :

https://ejenhartanahkl.com/artikel

** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**

Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya. 

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.

https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah

Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=1uqOrc9Dhqk