Mengapa penilaian harga pasaran sangat penting dalan proses jualan rumah?
Semak harga pasaran / market value rumah sangat penting dalam memastikan proses jual beli berjalan lancar dan selesai dalam masa yang ditetapkan di dalam perjanjian jual beli. Dokumen yang diperlukan untuk Semak Harga Pasaran / Market Value Rumah adalah seperti berikut :
- Geran individu
- Pelan renovasi rumah
- Pelan tanah
- Geran Strata
- Pelan binaan asal rumah
- Perjanjian jual beli asal
Jika anda ingin memaksimumkan harga yang diingini, maka kesemua dokumen di atas perlu disertakan dan disediakan kepada pihak penilai atau ejen hartanah berdaftar.
Kaedah – kaedah yang digunakan untuk semak harga pasaran / market value rumah :
- Kaedah perbandingan
- Kaedah residual
- Kaedah pelaburan
- Kaedah kos
- Kaedah diskaun cash flow
Kaedah yang selalu digunakan untuk menilai harga rumah adalah kaedah perbandingan. Caranya adalah membandingkan unit yang hampir sama di kawasan yang sama.
Contoh : Jika anda mempunyai sebuah rumah 2 tingkat basic unit di di Jalan Cecawi, Kota Damansara, kaedah perbandingan adalah dengan membandingkan unit – unit basic lain di kawasan yang sama.
Apa kesan jika tidak mengikut harga pasaran yang ditetapkan oleh pihak penilai atau ejen hartanah berdaftar?
Kesannya sangat signifikan iaitu :
- Menyukarkan pembeli memperolehi pinjaman
- Melambatkan proses jualan
- Pembeli terpaksa ” top up” cash
- Pembeli rasa teraniaya
- Kegagalan perjanjian jual beli
Sekian untuk perkongsian kali ini.
Semoga semua pembaca mendapat manfaat dari artikel ini.
Untuk membaca artikel yang lain, boleh klik link berikut :
https://ejenhartanahkl.com/artikel
** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**
Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya.
Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah
Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.