PERBEZAAN CUKAI TANAH (QUIT RENT) & CUKAI PINTU (ASSESSMENT FEE) untuk pemilik – pemilik hartanah
PERBEZAAN CUKAI TANAH (QUIT RENT) & CUKAI PINTU (ASSESSMENT FEE) untuk pemilik – pemilik hartanah
Apakah perbezaan kedua-dua cukai ini?.
.
.
✳️ Cukai Tanah ialah satu cukai yang perlu dibayar pada Pihak Berkuasa Negeri iaitu Pejabat Tanah yang mana cukai ini hendaklah dipungut sebagai Cukai Sewa atau Cukai Hasil Tanah.
cukai tanah boleh di bayar di :
- .KAUNTER PTGS & PEJABAT DAERAH DAN TANAH (PDT)
- PEMBAYARAN ATAS TALIAN (ONLINE PAYMENT)
- SEMAKAN CUKAI TANAH DAN CUKAI PETAK MELALUI MYSMS 15888
- PEMBAYARAN DI KAUNTER PBT
- PEMBAYARAN DI KIOSK MPSJ
- PEMBAYARAN SECARA PERBANKAN INTERNET
- PEMBAYARAN MELALUI POS MALAYSIA
.
✳️ Cukai Pintu atau nama lainnya ialah Cukai Taksiran ialah satu cukai yang dibayar pada Pihak Berkuasa Tempatan sebagai contoh DBKL, MPSJ, MBPJ dengan bertujuan untuk
menampung perbelanjaan PBT dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam. - Cukai pintu boleh di bayar di :
- DALAM TALIAN/ONLINE
- KAUNTER DAN KIOSK BAYARAN
.
.
✳️ Cukai Tanah dibayar setahun sekali
.
.
✳️ Cukai Pintu dibayar dua kali setahun. - ½ tahun pertama – 1hb. Januari hingga 28hb. Februari.
- • ½ tahun kedua – 1hb. Jul hingga 31hb. Ogos bagi tiap-tiap tahun.
.
.
Jadi adakah dua cukai ini sama?. Semestinya tidak.
** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**
Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya.
Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah
Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.