R&R = Restructure & Reschedule Pinjaman Perumahan
Adakah bagus R&R Restructure & Reschedule Pinjaman Perumahan ni?
Kalau tanya pada bella, bella akan jawab Bagus & Tak Bagus!
Ok gaiss, sekarang masih lagi tempoh Moratorium sehingga bulan Sept 2020 nanti..
Sekarang ini dah ramai yang mula bertanya adakah tempoh Moratorium akan disambung atau pun tidak??
Sebab apa?
Sebab ramai yang terjejas di sebabkan Pandemic COVID19.. ramai yang hilang kerja, ada yang tak dapat gaji, ada yang dapat separuh gaji dan bermacam lagi..
So, persoalannya di sini – Bersediakah kita nak hadap kalau Moratorium tak di sambung?
Gaiss..
Andai kata korang adalah salah seorang yang tersenarai yang terkena impact negatif di sebabkan COVID19, maka R&R adalah solution untuk korang..
R&R akan effect next application di bank??
Yes, no doubt, sekiranya korang ada record R&R ni means, akan effect pada korang punya next application di banks..
So, kenapa bella suggest untuk buat R&R?
Sebab, at this point of time yang paling penting adalah nak survive.. nak make sure anak2 cukup makan.. nak make sure esok masih ada lagi baki untuk berjimat cermat untuk survive..
Kalau Financial kita tengah klimax struggle, kita takkan apply any facility di banks kan??
So, kenapa nak fikir tentang effect next application tu?
Korang boleh request di bank untuk buat R&R untuk let say 2 tahun atau 3 tahun.. korang boleh proposed berapa bayaran instalment yang korang rasa korang mampu.. lulus atau tak, let the banks yang decides..
Surat tawaran untuk R&R ni korang simpan.. bila next application korang boleh attachedkan sekali..
Dan jangan lupa untuk update bank/BNM yang tempoh R&R korang dah tamat..
Kalau Financing difficulties korang dah dapat di atasi sebelum tempoh R&R korang tamat, korang boleh terus bayar lebih.. so that bank akan nampak yang korang dah improve on korang punya Financial..
Kenapa request for R&R??
Sebab atleast, korang boleh bernafas sikit selepas Moratorium ni habis.. at least Instalment korang akan rendah buat sementara waktu..
So, bagus atau tak R&R dalam case di atas ini?
Bagus lah kan???
Macam mana pulak akan jadi tak bagus??
Ok, bila R&R korang dah approved, instalment korang akan revised rendah sedikit untuk satu tempoh, let say 2 tahun.. then bila habis tempoh R&R tu, instalment korang akan naik lebih banyak dari amount instalment yang sebelum ni, sebab kena cover sekali instalment yang korang dah reduce tu..
So, komitment korang akan jadi tinggi sikit lah as compare as sebelum ni.. dan sekiranya financial korang masih lagi tak stabil, korang akan jadi lagi stress… dan request untuk panjangkan lagi R&R.. fuhh! Dan akan jadi lebih tak bagus sekiranya korang propose untuk extendkan tenure untuk loan/financing korang..
Contoh: sepatutnya habis pada Dec 2025, tapi korang proposed tambah lagi 5tahun.. so akan habis pada Dec 2030..
Kes yang ni akan jadi lebih tak bagus, sebab bila dah extend tenor, next application tu akan effect.. sebab dalam CCRIS korang akan appear R&R status..
Faham tak situasi yang ni dengan situasi yang mula2 tadi?
Ada beza tau!
Apa pun, ada bank yang dah mula advertise pasal R&R.. ni semua sebab to assist customers..
Bella Liana.
Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
Untuk mengetahui harga pasaran terkini hartanah anda, klik di sini.