Apakah kesan dan beza kaveat pendaftar dan kaveat persendirian?
Bila perlunya kaveat ini dalam urusniaga hartanah?..
Kaveat berfungsi sebagai salah satu ‘warning’ bahawa tanah tersebut telah dikenakan tuntutan kepentingan atau hakmilik dari pihak tertentu yang berkaitan…
Terdapat 4 jenis kaveat yang perlu diketahui di bawah Kanun Tanah Negara 1965 secara umumnya…
1. Kaveat Pendaftar.Kaveat ini lebih kepada menjaga kepentingan berkaitan hak-hak kerajaan, tiada had tempoh yang dinyatakan sehingga selesainya isu yang ada.Contohnya : Pemalsuan dokumen atau kesilapan di pejabat tanah dalam Register Document Title (RDT) untuk urusniaga…
2. Kaveat Persendirian.Kaveat jenis ini yang kebiasaan digunakan untuk pihak yang mempunyai kepentingan terhadap tanah tersebut, dan akan terbatal sendirinya selepas 6 tahun.Contohnya : Pembeli yang telah membayar deposit untuk urusniaga tanah tersebut dan mempunyai bukti perjanjian yang nyata…
3. Kaveat Pemegang Lien.Kaveat jenis ini dibuat oleh pihak yang memegang dokumen berkenaan sebagai cagaran.Contohnya : Individu yang memberi pinjaman kewangan dan pihak satu lagi gagal membayar semula hutang berkenaan. ..
4. Kaveat Amanah.Kaveat ini adalah suatu amanah yang diperuntukkan bagi menjaga kepentingan pihak ketiga.Contohnya : Benefisiari yang berkepentingan dalam menjaga hak pemilikan untuk kes bawah umur…Selepas ini, perlulah berhati-hati dalam urusan perjanjian, dan ambil tahu jika terdapat kepentingan kita yang perlu dijaga dalam transaksi pemilikan hartanah, rujuk peguam hartanah yang ada.
Beza kaveat pendaftar dan kaveat persendirian
Kaveat Pendaftar (Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & orang Perseorangan)
– Adalah satu urusan iaitu halangan urusniaga ke atas tanah / rumah.
– Mana-mana badan dan orang perseorangan boleh memohon urusan ini.
– Urusan ini akan didaftarkan dalam keadaan berikut
- mencegah penipuan atau urusniaga yang tidak patut
- melindungi kepentingan Kerajaan Persekutuan atau Pihak Berkuasa Negeri
- melindungi kepentingan orang tidak sempurna akal ,kanak-kanak bawah umur
- berlaku kesalahan pendaftaran mana-mana hakmilik
– Tiada tempoh jangka masakuatkuasa bagi urusan ini dan ianya bergantung pada pandangan pendaftar hakmilik.
– repot polis perlu disertakan sekali bagi kes-kes tertentu.
– Tiada siasatan akan dilakukan oleh pendaftar hakmilik tetapi sebaliknya akan dipanjangkan pada pihak yang berkuasa.
Kaveat Pendaftar ( Perintah Mahkamah)
– Adalah satu urusan iaitu halangan urusniaga ke atas tanah / rumah.
– Perintah mahkamah yang termeterai digunakan untuk memohon urusan ini.
– Urusan ini akan didaftarkan dengan mengunakan perintah mahkamah yang termeterai.
– Tempoh jangka hayat bagi urusan ini bergantung pada tempoh yang tertulis d idalam Perintah Mahkamah tersebut.
– Permohonan urusan ini hanyalah dengan mengunakan surat rasmi beserta perintah mahkamah yang termeterai.
– bayaran RM30 akan dikenakan bagi urusan ini.
Pembatalan Kaveat Pendaftar
– Pembatalan Kaveat Pendaftar boleh dibuat oleh:
- Pendaftar Hakmilik
- Permohonan tuan tanah yang terjejas
- Mana-mana Perintah Mahkamah
– Permohonan perlu disertakan dengan surat rasmi kepada Pendaftar Hakmilik
– Tiada bayaran Fi Pendaftaran
Pemotongan Kaveat Persendirian
– Adalah satu urusan untuk membenarkan urusniaga dijalankan semula ke atas tanah / rumah.
– hanya pihak-pihak berkepentignan (pemilik, pembeli, pengadai, pemajak dan pembeli lelong) boleh memohon untuk urusan ini.
– Permohonan perlu mengemukakan perkara-perkara berikut:-
- Borang 19H
- Surat Permohonan Rasmi
- Carian Persendirian Hakmilik berkaitan
- Salinan Kad Pengenalan
- Bayaran Fi sebanyak RM220.00
– Tempoh pemotongan kaveat ini adalah 60 hari dari tarikh notis pemotongan disampaikan kepada pengkaveat.
– Jika penyampaian notis tidak berjaya, tambahan 30 hari lagi diperlukan untuk mewartakan pemotongan kaveat ini.
– Pemotongan kaveat ini akan segera dilakukan apabila telah sampai tempoh 60 hari atau 90 hari yang dikuatkuasakan.
– Pengkaveat boleh menghalang urusan ini hanya dengan mendapatkan perintah mahkamah sahaja.
– Sebarang surat menyurat sama sekali tidak dilayan.
** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**
Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya.