Seringkali saya bertemu dengan pemilik yang ingin menjual rumah yang masih berpenyewa.Cara Jual Rumah Yang Masih Ada Penyewa dari konteks ejen hartanah berdaftar adalah mudah sahaja.

Cara Jual Rumah Yang Masih Ada Penyewa adalah :

  1. Semak perjanjian sewaan.

Di dalam perjanjian sewaan ada dinyatakan terma – terma yang dipersetujui oleh kedua – dua belah pihak seperti tempoh sewaan, deposit sewaan, penamatan kontrak sewaan dan jualan unit sewaan.

Jika di dalam kontrak dinyatakan pemilik perlu menawarkan kepada penyewa dahulu jika ingin menjual, maka pemilik perlu “offer” kepada penyewa dahulu untuk membeli unit tersebut. Jika tiada perjanjian bertulis tentang perkara tersebut maka pemilik berhak untuk menawarkan jualan unit kepada umum tanpa melalui penyewa.

2. Semak terma perjanjian sewaan

Jika di dalam terma perjanjian ada dinyatakan “default klause” pemilik perlu membayar pampasan jika ingin menjual dalam tempoh sewaan, maka pemilik boleh meneruskan jualan dengan membatalkan kontrak sewaan dan membayar pampasan kepada penyewa. Selain itu pemilik boleh juga menjual unit tersebut dan meneruskan sewaan penyewa sedia ada dengan pemilik baharu.

3. Kerjasama dari penyewa.

Seringkali, penyewa tidak memberi kerjasama kepada pemilik yang ingin menjual rumah mereka. Pemilik perlu memberi tahu penyewa dahulu bahawa mereka ingin menjual hartanah tersebut. Seterusnya pemilik perlu menawarkan kepada penyewa untuk membeli unit tersebut beserta tempoh untuk mereka berfikir. Kemudian pemilik perlu berunding sebab – sebab mereka ingin menjual hartanah tersebut. Sekiranya, kerjasama tidak juga dapat diperolehi dari penyewa, pemilik boleh menimbangkan untuk membatalkan kontrak sewaan, membayar pampasan dan memberi notis untuk mengosongkan unit untuk urusan jualan.

4. Notis mengosongkan unit.

Peruntukan di bawah Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik 1950 telah menetapkan bahawa jika sesuatu rumah atau hartanah telah disewakan dan tempoh penyewaan itu ditamatkan lebih awal atau telah berakhir, tetapi penyewa masih terus menduduki hartanah tersebut, pemilik tersebut tidak boleh menguatkuasakan haknya untuk mendapatkan premis sewaan itu kembali melainkan dengan prosiding di mahkamah.

Di dalam kes ini, sekiranya penyewa berdegil juga untuk tidak mengosonkan unit, maka pemilik boleh mendapatkan perintak mahkamah berdasarkan peruntukan undang – undang untuk mengosongkan unit tersebut seterusnya meneruskan jualan.

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.

https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah

Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.