Seringkali saya terima pertanyaan berikut : “Tuan, Bagaimana Cara Jual Rumah Masih Ada Baki Pinjaman?”

Jawapannya mudah sahaja dari konteks seorang ejen hartanah berdaftar. Pertama sekali yang perlu dilakukan adalah :

  1. Semak baki pinjaman bank atau LPPSA.

Cara Jual Rumah Masih Ada Baki Pinjaman adalah dengan melihat penyata terkini akaun pinjaman. Penyata ini boleh di dapati di bank atau kaunter LPPSA. Penyata baki pinjaman menyatakan secara tepat baki terkini atau semasa pinjaman bank anda.

2. Semak Lock in Period / Penalti yang dikenakan.

Caranya adalah dengan melihat di perjanjian pinjaman samada ada dinyatakan penalti yang bakal dikenakan jika anda menjual sebelum tempoh matang pinjaman ie : 3 tahun atau 5 tahun. Selepas tempoh matang pinjaman tiada penalti yang dikenakan.

3. Dapatkan pembeli.

Proses seterusnya adalah mendapatkan pembeli untuk rumah tersebut. Bank pembeli akan membayar kepada bank penjual baki pinjaman yang ada setrusnya membayar juga untung jualan kepada penjual.

4. Teruskan membayar sehingga urusan jualan selesai

Penjual dikehendaki membayar ansuran pinjaman sehingga pihak mengeluarkan notis 1st dirbursement kepada pihak peguam. Di sini, pembayaran ansuran bulanan akan berpindah milik kepada pihak pembeli.

5. Elakkan dari outstanding bayaran

Sebaik – baiknya, pihak penjual cuba elakkan dari default outstanding bayaran ansuran bulanan kerana kadar interest yang dikenakan akan berubah secara automatik. Contoh dari 4% kepada 6% jika bermula default. Seterusnya penalti yang dikenakan agak tinggi dan perlu ditolak dari hasil jualan rumah.

6. Elakkan dari notis lelong

Notis lelong adalah jalan terakhir pihak bank untuk mendapatkan hak mereka keatas baki pinjaman yang tidak dilunaskan. Saran saya sebagai ejen hartanah berdaftar yang berpengalaman selama 12 tahun, cuba secepat mungkin untuk dapatkan pembeli sebelum hartanah anda dilelong kerana jika dilelong ianya akan melibatkan kos yang tinggi dan segala kos akan ditolak dari hasil jualan.

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.

https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah

Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.