Cara Jual Rumah Jika Pemilik Meninggal Dunia. Seringkali saya bertemu dengan pewaris yang ingin menjual hartanah milik datuk dan bapa yang sudah meninggal dunia. Persoalannya bolehkah mereka meneruskan jualan dan menandatangani apa – apa dokumen yang berkaitan jualan sekiranya harta itu masih lagi di atas nama si mati ?

Cara Jual Rumah Jika Pemilik Meninggal Dunia adalah dengan mendapatkan perintah mahkamah untuk mentadbir dan menjual hartanah tersebut. Untuk hartanah tak alih seperti tanah dan rumah, ianya terbahagi kepada dua iaitu nilai yang kurang dari Rm 2 juta dan nilai yang melebihi Rm 2 juta.

Untuk nilai harta tak alih yang kurang dari Rm 2 juta, urusan turun milik boleh dilakukan di Pejabat Tanah di bahagian Pusaka Kecil. Kosnya tak berapa tinggi. Boleh semak dengan pejabat tanah daerah atau negeri di mana hertanah itu terletak.

Untuk nilai harta tak alih yang melebihi Rm 2 juta, urusan mentadbir dan menjual hendaklah dilakukan di mahkamah tinggi. Kosnya agak tinggi bersesuaian dengan nilai hartanah tersebut.

Sebelum pewaris bertindak untuk meneruskan perbicaraan tentang turun milik penama di hartanah, sebaik – baiknya lakukan perkara berikut :

  1. Lantik wakil untuk urusan tersebut sekiranya pewaris adalah ramai.
  2. Capai persetujuan tentang pembahagian harta tersebut.

Persetujuan boleh dicapai dengan 3 cara berikut :

a) Faraid

b) Muafakat

c) Menolak hak dan memberikan pada yang lain.

Akhir sekali, selepas urusan pindah milik dan jualan selesai, pewaris hendaklah membelanjakan hasil tersebut untuk perkara berikut sebelum diagih – agihkan kepada semua pewaris :

a) Belanja pengkebumian simati

b) Membayar hutang simati

c) Upah bicara, ejen, peguam dan lain – lain.

Sebaik – baiknya, untuk urusan turun milik, bicara di Pusaka kecil dan mahkamah dan jualan adalah menjadi lebih mudah dan lancar jika pewaris melantik peguam dan ejen hartanah untuk menguruskan perkara tersebut sehingga selesai.

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.

https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah

Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.