PERSOALAN MENGENAI HAKMILIK STRATA
Apa Itu Hakmilik Strata?
Hakmilik strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar.
MENGAPA PERLU ADANYA HAKMILIK STRATA
Hakmilik strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.
PETAK AKSESORI
Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.
LARANGAN TERHADAP PEMILIK PETAK
menggunakan petak untuk maksud yang menyalahi undang-undang;
mengunakan bahan api yang mendatangkan asap atau bau busuk;
membuang atau menjatuhkan apa-apa kotoran atau sampah di kawasan harta bersama;
memelihara apa-apa binatang dalam petaknya yang menyebabkan keguasaran / kemarahan pemilik petak lain.
PERBADANAN PENGURUSAN
Perbadanan Pengurusan adalah sebuah badan korporat yang boleh mendakwa dan didakwa. Ia wujud di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan. Ia mempunyai hak turun-temurun (perpetual succession).
KUMPULAN WANG CARUMAN (management fund)
Kumpulan wang caruman ini diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan. Ia termasuk yuran pengurusan / caj perkhidmatan harta bersama, premium insuran kebakaran, akaun khas dan lain-lain.
MEMBAYAR CUKAI PINTU SELAIN MEMBAYAR MANAGEMENT FUND
Ya. Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas hartanah yang terletak di kawasan Majlis seperti kediaman, perniagaan dan perindustrian. Kuasa mengutip cukai pintu di peruntukkan di dalam bahagian XV Akta Kerajaan Tempatan (Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) yang diluluskan oleh Parlimen/Kerajaan Persekutan pada tahun 1976.
HARTA BERSAMA
Harta bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak. Contohnya tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, tangki paip utama dan pondok pegawai keselamatan
HAK-HAK PEMILIK STRATA
membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimilikinya;
mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa yang dibuat oleh Perbadanan Pengurusan;
hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan;
hak ke atas sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain; hak untuk meneliti rekod dan akaun Perbadanan Pengurusan.
TANGGUNGJAWAB UTAMA PEMILIK STRATA
Membayar caruman kumpulan wang pengurusan;
mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa;
menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa
Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam / tempatan berhubungan dengan petak yang dimilikinya.
Apa Itu Hakmilik Strata
sumber : KPTG
Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah
Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.