Secara amnya, semua hartanah pada asalnya adalah merupakan jenis geran individu .. sekiranya pemaju ingin membangunkan projek perumahan dikawasan tertentu, pemaju akan momohon untuk pemecahan geran tersebut kepada plot2 hartanah berasingan.
Semasa proses penjualan sehingga siap geran individu untuk plot2 hartanah berasingan, geran individu tadi akan bertukar menjadi geran master atau juga dikenal dengan nama Master Title.
Selepas proses pemecahan geran master tersebut selesai, geran individu baru akan dikeluarkan oleh Pejabat tanah berkaitan dan Geran master tersebut sudah tidak terpakai lagi.
Jenis-jenis geran ini boleh terjadi kepada hartanah “landed” dan bangunan bertingkat “highrise”.
Beza antara hartanah landed dan bangunan bertingkat adalah apabila geran persendirian telah siap, geran untuk hartanah “landed”di kenali sebagai geran individu dan geran untuk bangunan bertingkat dikenali sebagai Geran Strata.
Implikasi dari proses ini amat besar kepada proses dokumentasi dan penukaran hakmilik terhadap 2 jenis hartanah ini. Secara ringkasnya adalah seperti berikut:-
1. Rekod hakmilik
Geran individu :
Rekod di simpan oleh pejabat tanah. Dengan membuat carian persendirian di pejabat tanah berkaitan, anda akan dapat semua dokumentasi pemilikan dan gadaian terhadap hartanah tersebut.
Geran master :
Rekod di simpan oleh pemaju. Details milikan hanya boleh di dapati daripada pemaju dan dengan bayaran RM50, pemaju wajib memberikan data-data berkaitan milikan hartanah tersebut (section 22D HDA).
2. Dokumentasi undang-undang
Geran individu :
– mempunyai geran persendirian
– Geran tanah yang antara intipati pentingnya menunjukkan nama pemilik & penggadai (sekiranya ada).
– Borang 14A untuk tujuan pindahmilik
– borang 16A untuk tujuan cagaran
– snp berbeza dengan Jenis geran master
Geran master :
– tidak mempunyai geran persendirian
– Deed of Assignment yang antara intipati pentingnya menunjukkan details pemilikan terdahulu dan terkini, tujuan pindahmilik dan cagaran.
– snp berbeza dengan Jenis geran persendirian
3. Kaveat
Geran individu:
Caveat boleh dimasukkan sekiranya perlu untuk menjaga hak mereka yang berkepentingan ke atas hartanah tersebut.
Geran Master:
Caveat sekiranya dimasukkan tidak lansung menjaga hak mereka yang berkepentingan ke atas hartanah tersebut – malah menyusahkan pihak pemaju dan anda berkemungkinan anda akan disaman oleh pemaju.
4. kebenaran pihak berkuasa negeri (sekiranya perlu)
Geran individu:
Perlu dan kegagalan mendapatkan kebenaran tersebut menyebabkan urusan pindah milik tidak dapat dilakukan
Geran Master:
Tidak perlu, melainkan kebenaran bersama (Blanket Consent) telah diperolehi
5. lelongan awam
Geran individu:
– FORM 16H (Sections 257 and 263)
– tempat : Lelongan di buat di Mahkamah tinggi atau pejabat tanah, bergantung atas jenis tanah tersebut
– permohonan lanjutan tarikh bayaran penuh perlu di buat di mahkamah (procedure agak payah dan tambahan kos)
Geran Master:
– LACA (loan agreement cum assignment)
– tempat : Lelongan di buat di tempat lelongan awam samada di pejabat pelelong atau di hotel-hotel (mega auction)
– permohonan lanjutan tarikh bayaran penuh perlu terus ke peguam bank pelelong (mudah dan tiada tambahan kos)
6. pendaftaran tukar milik di pejabat tanah
Geran individu:
Perlu dan terdapat bayaran pendaftaran
Geran Master:
Tidak perlu
7. pemohonan pinjaman – kepayahan mendapat kelulusan
pada saya tiada apa-apa perbezaan untuk kedua-dua jenis hartanah.. bergantung atas kapasiti peminjam (sebab ramai yang cakap bank susah nak lulus kalau master title melebihi 10 tahun, kebiasaannya untuk hartanah bertingkat)
Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah
Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.