Pinjaman Perumahan Menerusi Bank selain daripada pembelian tunai dan pembiayaan LPPSA.
Soalan: Apa mkna LTV?
Jawapan:
PINJAMAN PERUMAHAN MENERUSI BANK
- Margin pinjaman bank
- Bank berikan pinjaman perumahan untuk pertama kali dengan kadar margin 90%. [Atau dipanggil nisbah Loan-to-Value (LTV)]
- Bermakna kalau harga rumah rm130k kemudian pergi bank beritahu nak mohon loan untuk rumah harga rm130k, lepas semak dokumen dan sebagainya dan ok, maka bank akan luluskan hanya rm117,000.00 sahaja.
- Ada yang tanya:
“kenapa bank tak beri 100% je atau full loan je?”
“Tak boleh ke nak apply full loan?” banyak saya tengok projek perumahan baru, pemaju beritahu dapat full loan!”
- Banyak aspek bank ambil kira untuk beri pinjam wang untuk kita beli rumah, ada je bank yang sediakan fasiliti loan 100% tapi pastilah ada syaratnya, contoh BANK RAKYAT @ BSN hanya untuk rumah pertama dan tangga gaji tertentu sahaja.
- Untuk kes rumah baru pula yang diiklan NO DEPOSIT, FULL LOAN tu pula adalah teknik marketing sahaja, bank masih laksanakan prinsip sama 90% bagi first time applicant. Mereka gunakan konsep mark up loan iaitu bermaksud mohon loan di bank pada nilai lebih tinggi menurut nilai dan bank luluskan 90% juga. Bolehla cover harga rumah dijual.
- Nak tahu lanjut, call dulu baru saya bantu explain panjang sikit bab ni.
- PEMBELI rumah bagi kali pertama, mahu tak mahu perlu bersedia dengan 10% tambahan wang untuk bayar harga rumah yang dibeli.
- Ada fasiliti lain bagi yang kurang simpanan, iaitu pengeluaran KWSP tetapi syaratnya terhad akaun ke 2 sahaja dan boleh keluarkan 10% dari harga rumah yang dibeli
- Kalau dalam akaun ke 2 KWSP kurang, maka boleh keluarkan berapa yang ada dan kena tambah. Penting semak dulu berapa simpanan di akaun ke 2 KWSP sebelum survey rumah idaman.
** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**
Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya.