APA ITU Debt Sevice Ratio DSR ?
DSR, DSR, DSR, tiap kali ada penulis FB cerita pasal kewangan atau pelaburan mesti tidak lari akan bercakap tentang DSR ni.
Apa itu Debt Sevice Ratio DSR sebenarnya?
Bahasa yang mudah difahami ialah kadar nisbah hutang atau komitmen kewangan terhadap income kita .
DSR atau nama penuhnya Debt Service ratio adalah satu nisbah yang digunakan oleh pihak Bank untuk menilai samada individu layak atau tidak mendapatkan pembiayaan dari pihak Bank.
Macam mana nak tahu DSR individu tersebut tinggi ke rendah?
Semakin banyak pinjaman dengan Bank, semakin tinggi DSR
Bagus ke tidak DSR tinggi ni?
Jika DSR anda telah mencapai kadar maximum, amatla susah untuk pihak Bank memberikan financing/loan kepada anda.
Lain Bank mempunyai kadar maximum DSR yang berbeza sebagai contoh:
Bank Kadar Maximum DSR
Bank A 40%
Bank B 50%
Bank C 60%
Sebab itu amatla digalakkan untuk apply loan 2 – 3 Bank serentak, ini kerana mungkin dengan Bank A & B loan anda tidak lulus. Tetapi Bank C luluskan permohonan anda.
Kalau dah tinggi macam mana nak rendahkan DSR?
Terdapat beberapa cara untuk merendahkan DSR antaranya ialah;-
1) Meningkatkan pendapatan bulanan
2) Mengurangkan installment bulanan dengan Bank
3) Mengurangkan hutang dengan Bank dengan cara menyelesaikan hutang tersebut
Apakah Formula DSR?
Formula nya adalah semua komitmen bulanan dengan Bank dibahagikan dengan pendapatan bersih bulanan.
Antara item yang boleh dikira sebagai pendapatan oleh pihak Bank.
1) Elaun tambahan bulanan
2) Dividen ASB (berbeza mengikut Bank)
3) Rumah Sewa
4) UBER dll,
DSR = Komitmen BulananX 100%/Pendapatan
- Pemohon hendaklah menyertakan bukti pendapatan seperti Kontrak rumah sewa, Bank statement
dan document-document yang relevant untuk dikira sebagai pendapatan oleh pihak Bank.
Jika dia mempunyai komitmen seperti di bawa, berapakah DSR Ali?
Gaji Bersih: RM2,500
Installment kereta: RM800
DSR = Komitmen BulananX 100%/Pendapatan
= 800 X 100%/2500
= 32%
DSR Ali adalah sebanyak 32% sahaja.
Jika Ali berkeinginan untuk membeli rumah berharga
RM150,000 boleh ke lepas?
Gaji Bersih: RM2,500
Installment kereta: RM800
Installment rumah yang mahu di beli = RM700
DSR = Komitmen Bulanan + Komitmen yang
baru / Income
= (800+700) X 100% / 2500
= 60%
Dalam hal ini, DSR Ali setelah dicampurkan dengan komitmen baru adalah 60%. Jika Ali memohon financing dari Bank A,B dan C, kemungkinan besar hanya Bank C sahaja yang meluluskan permohonan kerana masih lagi tidak melebihi kadar maximum DSR
iaitu 60%.
** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**
Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya.