CIVIL SERVANT RESERVED UNIT atau Unit rizab staff kerajaan.
CIVIL SERVANT RESERVED UNIT (CSRU)
.
Hartanah berstatus CSRU atau Civil Servant Reserved Unit adalah satu terma yang asing dan jarang didengari. Kita biasa dengar terma Bumi Lot dan Malay Reserved Land tapi mungkin kali pertama dengar CSRU.
.
.
Unit CSRU adalah unit2 yang diperuntukkan untuk satu2 projek perumahan dari pemaju swasta khususnya di Putrajaya. Peruntukan unit ini adalah sebanyak 30% dan tertakluk pada diskaun sebanyak 25%.
.
.
Untuk mengelakkan kelebihan ini disalahgunakan, kebiasaannya satu sekatan kepentingan akan di endoskan pada geran hartanah tersebut iaitu:-
.
.
✳️ Hartanah tersebut tidak boleh dijual untuk tempoh selama 10 tahun.
.
.
✳️ Pindahmilik hanya dibenarkan untuk waris terdekat iaitu suami/isteri, anak2 dan tempoh 10 tahun ini akan terus dikekalkan.
.
.
✳️ Penjualan dalam tempoh 10 tahun hanya dibenarkan kepada Anggota Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam sahaja dan tempoh 10 tahun ini akan terus dikekalkan
.
.
✳️ Penjualan kepada orang selain penjawat awam adalah tertakluk kepada syarat2 bayaran balik kepada pihak kerajaan untuk jumlah perbezaan harga diskaun dan harga market value hartanah tersebut pada tarikh pembelian tersebut dibuat akan dikenakan.
.
.
Oleh itu, kalau dapat unit2 di Putrajaya seeloknya pastikan dahulu status unit tersebut sebelum meneruskan pembelian/pengiklanan atau apa sahaja urusan ke atas Hartanah tersebut.
** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**
Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya.