Pinjaman Perumahan Menerusi Bank selain daripada pembelian tunai dan pembiayaan LPPSA.

Soalan: Apa mkna LTV?

Jawapan:
PINJAMAN PERUMAHAN MENERUSI BANK

  • Margin pinjaman bank
  1. Bank berikan pinjaman perumahan untuk pertama kali dengan kadar margin 90%. [Atau dipanggil nisbah Loan-to-Value (LTV)]
  2. Bermakna kalau harga rumah rm130k kemudian pergi bank beritahu nak mohon loan untuk rumah harga rm130k, lepas semak dokumen dan sebagainya dan ok, maka bank akan luluskan hanya rm117,000.00 sahaja.
  3. Ada yang tanya:

“kenapa bank tak beri 100% je atau full loan je?”

“Tak boleh ke nak apply full loan?” banyak saya tengok projek perumahan baru, pemaju beritahu dapat full loan!”

  1. Banyak aspek bank ambil kira untuk beri pinjam wang untuk kita beli rumah, ada je bank yang sediakan fasiliti loan 100% tapi pastilah ada syaratnya, contoh BANK RAKYAT @ BSN hanya untuk rumah pertama dan tangga gaji tertentu sahaja.
  2. Untuk kes rumah baru pula yang diiklan NO DEPOSIT, FULL LOAN tu pula adalah teknik marketing sahaja, bank masih laksanakan prinsip sama 90% bagi first time applicant. Mereka gunakan konsep mark up loan iaitu bermaksud mohon loan di bank pada nilai lebih tinggi menurut nilai dan bank luluskan 90% juga. Bolehla cover harga rumah dijual.
  3. Nak tahu lanjut, call dulu baru saya bantu explain panjang sikit bab ni.
  4. PEMBELI rumah bagi kali pertama, mahu tak mahu perlu bersedia dengan 10% tambahan wang untuk bayar harga rumah yang dibeli.
  5. Ada fasiliti lain bagi yang kurang simpanan, iaitu pengeluaran KWSP tetapi syaratnya terhad akaun ke 2 sahaja dan boleh keluarkan 10% dari harga rumah yang dibeli
  6. Kalau dalam akaun ke 2 KWSP kurang, maka boleh keluarkan berapa yang ada dan kena tambah. Penting semak dulu berapa simpanan di akaun ke 2 KWSP sebelum survey rumah idaman.

** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**

Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya. 

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah
Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.