Memohon jalan di atas tanah orang lain (Easement). Easement boleh di pohon dari tuan tanah bersebelahan untuk memohon laluan ke tanah kita.
Ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Memohon jalan di atas tanah orang lain (Easement) syaratnya :
1) Tanah sebelah menyebelah
2) Tanah dipunyai oleh 2 individu berbeza.
3) Tuan tanah yang dipohon dan yang memohon.
Begitu banyak sekali tanah yang tidak dapat dijual kerana tidak mempunyai access ke tanah dari jalan raya. Dengan “easement” laluan yang dipohon, dipersetujui oleh tuan tanah yang dipohon dan didaftarkan di atas geran dan pelan.
Dengan cara ini, penjualan tanah menjadi mudah. Jika tuan tanah yang dipohon enggan memberikan kebenaran, tuan tanah yang memohon boleh mendapatkan kebenaran dari pentadbir tanah atau state authority untuk pengambilan tanah melalui kaedah “right of way”. Kaedah ini dibenarkan untuk kepentingan awam dan individu.
Kebenaran dari pihak tuan tanah yang memberi keizinan adalah dengan syarat, kos dan maintenance laluan di atas tanah mesti ditanggung oleh pihak pemohon.
Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah
Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.