9 PROSES PEMBELIAN RUMAH tips dari ejen hartanah

1️⃣ Semak kelayakan pinjaman dari slip gaji dan senarai komitmen luar jika mahu beli pakai pinjaman bank/kerajaan. Ambil tahu berapa peratus LTV bank beri sama ada 90%, 80%, 70% atau lain.

2️⃣ Sudah jelas berapa kelayakan maka boleh survey harga rumah/tanah menurut kelayakan pinjaman tadi.

3️⃣ Set masa untuk tengok kondisi rumah (viewing)

4️⃣ Sekiranya berkenan dan jatuh hati dengan kondisi rumah, maka anda boleh bayar wang booking (Earnest Deposit) biasanya 3.18% kepada syarikat hartanah yang mewakili owner dan wajib tandatangan surat booking (Agreement to purchase/Offer to purchase)

5️⃣ Anda sebagai pembeli perlu sediakan dokumen lengkap untuk permohonan loan bank dan serahkan dokumen kepada pihak bank. (Ada ejen berdaftar bantu hantarkan kepada bank untuk cepatkan proses)

6️⃣ Survey peguam @ peguam panel kepada bank yang beri lulus pinjaman. Ada juga beberapa cadangan peguam oleh pihak ejen hartanah untuk pembeli survey dan pilih. Ejen tidak boleh paksa klien pilih.

7️⃣ Sekiranya loan sudah lulus dan offer letter bank dikeluarkan, pembeli perlu sediakan baki deposit 10% iaitu 6.82% lagi jika dikehendaki oleh owner (penjual) untuk dibayar kepada owner (ada situasi owner benarkan baki deposit dibayar dari pengeluaran kwsp)

8️⃣ Jumpa peguam untuk tandatangan dokumen Jual & Beli (SPA/S&P) dan buat bayaran baki deposit kepada peguam untuk diserahkan kepada owner. (Atau tunggu pengeluaran wang kwsp untuk bayarkan)

9️⃣Urusan kerja ejen hartanah selesai seleas pembeli sah sebagai pembeli dengan tandatangan dokumen SPA. Urusan jual beli akan diuruskan oleh lawyer yang dibayar oleh pembeli dan penjual pula. Urusan biasa berjalan dalam tempoh masa yang disebut dalam dokumen Jual & Beli (SPA)

Selesai sudah pembelian rumah/hartanah jika anda mahu membeli dengan cara pinjaman dan pengeluaran wang kwsp untuk bayaran baki deposit.

9 PROSES PEMBELIAN RUMAH

Pening nak semak kelayakan pinjaman?
Pening nak cari rumah yang sesuai?

** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**

Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya. 

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.

https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah

Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.